Sukatan Latihan

  1. Pihak Pengurusan IPTA/IPTS adalah digalakkan untuk mengadakan kursus kokurikulum Kor SISPA selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
  2. Anggota Kor SISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya.
  3. Pada semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran
  4. Pada semester keempat iaitu semester terakhir dan SISPA telah tamat dengan jayanya, mereka akan mendapat Sijil Tamat SISPA.
    Pelajar yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA.
  5. Mereka perlu bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk memegang pangkat Leftenan Muda.
  6. Penilaian akan diadakan pada setiap akhir semester bagi melayakkan pelajar mendapat 1 jam kredit yang diiktiraf oleh IPTA/ IPTS.

SISPA USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ,71800,Nilai , Negeri Sembilan, Malaysia

Tel :06-798 8716/ 8174/ 8693
Fax:06-798 8297

http://sispa.usim.edu.my