Bidang Latihan

Objektif Latihan

  1. Memberi peluang kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
  2. Memupuk nilai dan sikap hormat-menghormati , menurut perintah , berdisiplin, bekerjasama , bertanggungjawab , berhemah , kejujuran dan keyakinan diri.
  3. Menanam semangat kesedaran sivik , ketaatan , dan cintakan negara serta   penjagaan alam sekitar.
  4. Mempertingkatkan ketahanan fizikal , mental , dan daya kerohanian yang seimbang.

Bidang Latihan

  1. Pengetahuan asas pertahanan awam
  2. Kemahiran asas pertolongan cemas
  3. Kemahiran asas melawan kebakaran
  4. Kemahiran asas menyelamat
  5. Kenegaraan
  6. Etika/moral
  7. Arahan keselamatan

Kaedah Latihan

  1. Latihan akan dijalankan oleh jurulatih yang bertauliah dan pembantu jurulatih dalam bentuk teori dan praktikal.
  2. Latihan dijalankan secara mingguan diselaraskan dengan aktiviti kokurikulum IPTA/IPTS.
  3. Latihan luar akan diadakan pada setiap semester bagi semua pegawai kadet dan  akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam.

Sijil-sijil Kor SISPA

  1. Sijil asas – dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  2. Sijil latihan kemahiran – dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  3. Sijil kejurulatihan – dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  4. Sijil kenaikan pangkat ( setiap kali kenaikan pangkat ) – dikeluarkan oleh IPTA/IPTS.
  5. Sijil tamat latihan – dikeluarkan leh IPTA/IPTS dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  6. Sijil pentauliahan – dikeluarkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

SISPA USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ,71800,Nilai , Negeri Sembilan, Malaysia

Tel :06-798 8716/ 8174/ 8693
Fax:06-798 8297

http://sispa.usim.edu.my