Pengenalan SISPA

Institusi Pengajian Tinggi ( Universiti / Maktab Perguruan / Politeknik / pada ketika ini giat bekerjasama dengan Pasukan Beruniform Negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing seperti bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor SUKSIS serta lain-lain pasukan beruniform.

Sejajar untuk mencapai salah satu daripada lapan teras pembangunan kemahiran insaniah yang diperkenankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu teras kesukarelawanan, yang mana mahasiswa perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana unit beruniform agar dapat melahirkan golongan mahasiswa yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah.

  Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada peri pentingnya penubuhan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA ). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat.


Pengenalan SISPA USIM 

Kor SISPA USIM mula ditubuhkan pada tahun 2006 yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawan dan kerjasama. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan di USIM, Kor SISPA menjadi penggerak kepada aktiviti sukarelawan di dalam ataupun di luar USIM.

Kor SISPA USIM juga telah menaikkan lagi nama USIM menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilihat menjadi prospek yang baik untuk melibatkan pelajar-pelajar dengan masyarakat luar. Antara pencapaian tertinggi Kor SISPA USIM ialah pentauliahan kumpulan pertama sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam pada tahun 2010 diikuti pada tahun 2011 dan yang terkini tahun 2012.

Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA)

Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.

Objektif

  • Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan Pertahanan Awam dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela.
  • Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam Pertahanan Awam.
  • Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab serta berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea dan kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan Pertahanan Awam.

SISPA USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ,71800,Nilai , Negeri Sembilan, Malaysia

Tel :06-798 8716/ 8174/ 8693
Fax:06-798 8297

http://sispa.usim.edu.my