Fungsi, Misi, Visi, Motto & Objektif

Takrif Pertahanan Awam

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Motto

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

MOTO
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"

Objektif

Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:

  1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
  2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
  3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.

Memberi respond kepada bencana dengan cara:

  1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
  2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.

Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:

  1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
  2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
  3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Fungsi

  1. Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam.
  2. Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.
  3. Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
  4. Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

SISPA USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ,71800,Nilai , Negeri Sembilan, Malaysia

Tel :06-798 8716/ 8174/ 8693
Fax:06-798 8297

http://sispa.usim.edu.my