Articles

ALUAN KOMANDAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, laman web bagi Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) USIM dizahirkan dengan jayanya.

KOR SISPA USIM mula ditubuhkan pada tahun 2006 yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawan dan kerjasama. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan di USIM, KOR SISPA menjadi penggerak kepada aktiviti sukarelawan di dalam ataupun di luar USIM. KOR SISPA berperanan untuk menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam,merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam,melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan,menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan,merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

Adalah diharapkan dengan adanya laman web ini, maka banyak maklumat berkenaan SISPA dapat disampaikan. Sebarang maklumbalas, pandangan atau cadangan daripada para pengunjung laman web ini adalah amat dialu-alukan bagi menambah baik laman web  ini.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua staf dan jurulatih SISPA yang sentiasa bekerja keras dalam membantu SISPA menjadi satu pasukan yang cemerlang.


 
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"

PPj. KEHORMAT (PA) PROF. DATO’ DR. MUHAMAD MUDA

KOMANDAN SISPA USIM

 

 

SISPA USIM
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ,71800,Nilai , Negeri Sembilan, Malaysia

Tel :06-798 8716/ 8174/ 8693
Fax:06-798 8297

http://sispa.usim.edu.my